Ciri Facebook Live Audio Rooms Seakan Clubhouse Kini Diaktifkan

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Live Audio Rooms ialah jawapan Facebook kepada Clubhouse yang diperlihatkan oleh Mark Zuckerberg minggu lalu. Kini pengguna Facebook di Amerika Syarikat boleh menggunakannya buat pertama kaloi. Pada waktu ini hanya pengguna yang disahkan identitinya dan Facebok Group sahaja boleh membuka bilik audio tersendiri tetapi kesemua pengguna d Amerika Syarikat boleh memasuki ruang yang dibuka.

Seperti Clubhouse, Live Audio Rooms hanya menyokong perbualan secara audio dengan sehingga 50 individu bercakap secara serentak. Jumlah pendengar pula tidak dihadkan. Pembuka ruang audio boleh menghantar jemputan kepada pengguna lain untuk bercakap sebelum sesi bermula. Pendengar pula boleh meminta untuk bercakap dengan mengangkat tangan sama seperti Clubhouse.

Sebagai memberikan sokongan, pendengar boleh membeli Stars dan memberikannya kepada individu yang membuka ruang audio. Penerima kemudian boleh melihat siapa yang memberinya kerana mereka akan diletakkan di ruang khusus. Selain itu terdapat sokongan mengumpul dana untuk badan bukan kerajaan yang disokong oleh Facebook sejak dahulu lagi. Selain Live Audio Rooms, fungsi meletakkan pautan podcast peribadi pada profil juga diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat hari ini.

(Sumber TechCrunch)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami