Samsung Mengadakan Acara Maya Pada 28 Jun Sempena MWC Barcelona

Diterbitkan pada Jun 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MWC Barcelona akan berlangsung minggu hadapan secara fizikal selepas dibatalkan tahun lalu. Walaupun terdapat beberapa syarikat besar tidak menghadiri acara secara fizikal, ramai yang masih akan menghadirinya secara maya. Samsung telah mengesahkan akan mengadakan acara maya sempena MWC pada 28 Jun hadapan.

Berdasarkan imej yang dikongsi, Samsung akan memperlihatkan peranti dari kesemua segmen telefon pintar, jam tangan pintar, tablet, komputer dan perisian. Tetapi besar kemungkinan pada acara tersebut jam tangan Galaxy yang terkini akan diperlihatkan secara rasmi selepas beberapa kali maklumat mengenainya tertiris.

Ia akan menjadi jam tangan pertama Samsung yang menggunakan sistem operasi Wear OS baharu yang dibangunkan dengan kerjasama Google. Ramai ingin melihat adakah sistem operasi ini mampu memberikan persaingan kepada Apple yang mendominasi pasaran jam tangan pintar pada waktu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami