Cari @ Amanz

Isu yang berlaku apabila peranti dengan skrin boleh-lipat dihasilkan ialah ia perlu dilengkapi dengan lebih banyak kamera berbanding peranti bisa Sebagai contoh pada Galaxy Z Fold2, lima kamera digunakan – tiga di luar, satu di dalam dan satu lagi pada skrin luaran. Ini meningkatkan lagi kos peranti yang sudah sedia dijual pada harga premium.

Penyelesaiannya mungkin hadir dengan menggunakan kamera yang berputar. Paten rekaan skrin boleh-lipat dengan modul kamera berputar telah difailkan oleh Samsung. Tri-kamera berputar diletakkan pada sisi kanan. Ia boleh digunakan sebagai kamera utama dan kamera mengambil video swafoto. Kualiti video yang lebih baik dapat dinikmati dengan sistem ini.

Sebelum ini satu-satunya peranti Samsung dengan skrin berputar ialah Galaxy A80. Ia bermasalah dan tidak mempunyai kemampuan kalis air yang amat perlu pada peranti mercu premium. Maka kewujudan paten tidak semestinya ia akan menjadi realiti.

Sumber Slashgear

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd