Motorola Dilaporkan Dalam Pembangunan Tiga Peranti Baharu

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola kini dalam perancangan untuk mengembangkan lagi rangkaian peranti pintar mereka dengan beberapa model baharu. Melaluiya, sebanyak tiga buah model dengan kod nama Motorola Kyoto, Motorola Lisbon dan Motorola Saipan dilaporkan dalam pembangunan. Informasi ini dikongsi oleh Evan Blass menerusi ciapan terkini di Twitter miliknya.

Menurutnya, Motorola Kyoto akan dikenali sebagai Moto Edge 20 Lite. Tetapi, tiada sebarang maklumat berkaitan spesifikasi yang ditemui setakat ini. Terdapat sumber menyasarkan ia mungkin mana-mana model Motorola sedia ada yang dijenamakan semula sebagai Moto Edge 20 untuk pasaran tertentu.

Seterusnya, Motorola Lisbon pula akan dikenali sebagai Moto G60S kelak. Ia dijangka hadir dengan spesifikasi lebih rendah berbanding model Moto G60 sebelum ini. Ia juga berkemungkinan besar masih mengekalkan beberapa ciri menarik seperti skrin 120Hz atau kamera 108MP, tetapai akan lebih memfokuskan kepada penawaran lebih mampu milik.

Moto G50 5G

Akhir sekali, Motorola Saipan yang akan dikenali sebagai Moto G50 5G. Timbul sedikit tanda tanya, di mana sebelum ini Motorola juga sedia hadir dengan Moto G50 5G dengan janaan cip Snapdragon 480. Namun begitu, peranti berkenaan dipercayai hadir dengan kod nama ‘Ibiza’. Justeru, sumber turut menyasarkan ia juga mungkin hanyalah peranti yang dijenamakan semula untuk beberapa pasaran seperti Asia Tenggara.

Buat masa ini, perlu diingatkan maklumat dikongsi masih lagi diperingkat ura-ura. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : 91Mobiles

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami