Honor akan melancarkan peranti skrin boleh-lipat mereka tahun sebagai langkah seterusnya untuk mengembalikan semula prestij yang hilang akibat sekatan teknologi Amerika Syarikat. Nama peranti boleh-lipat pertama mereka mungkin telah tertiris selepas dokumen pendaftaran tanda dagangnya telah diterbitkan.
Menerusi dokumen permohonan tanda dagang yang difailkan, peranti akan menggunakan nama Honor Magic Fold dan Honor Magic Flip, dua nama yang amat mirip dengan yang digunakan oleh Samsung untuk peranti boleh-lipat mereka. Dari segi rekaan tidak banyak diketahui pada waktu ini tetapi pastinya mirip Huawei Mate X seperti mana Honor 50 mirip dengan Huawei P50.
Honor sebenarnya ingin melancarkan peranti skrin boleh-lipat pertama mereka pada tahun 2020. Kombinasi perubahan syarikat menjadi syarikat kendiri dan pandemik mengubah perancangan yang diumumkan pada tahun 2019.
Sumber Gizmochina