Samsung Galaxy Tab A7 Kini Ditawarkan Pada Harga RM899

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sepanjang pandemik penggunaan komputer riba dan tablet meningkat dengan mendedak selepas tahun demi tahun menyusut akibat kepopularan telefon pintar. Bagi mereka yang mencari tablet yang mampu milik, Samsung Galaxy Tab A7 kini ditawarkan pada harga RM899 berbanding harga asal RM999. Ini ialah penurunan harga kekal selepas promosi asal ditamatkan pada 6 Jun lalu.

Tablet Samsung Galaxy Tab A7 membawakan paparan berukuran 10.4-inci TFT WUXGA+ (2000 x 1200 piksel), dijanakan cip pemproses Snapdragon 662, memori 3GB RAM, storan 32GB dan bateri berkapasiti 7040mAh yang dicas menerusi sambungan port USB-C.

Konfigurasi kamera pula ialah 8MP pada bahagian belakang dan 5MP untuk kamera swafoto. Lebih menarik, sistem pembesar suaranya turut dioptimasikan dengan sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih menyeluruh.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami