Royole Memperlihatkan Konsep Skrin Boleh-Lentur Untuk Kegunaan Dalam Kereta

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Royole ialah jenama yang lebih terkenal kerana FlexPai yang merupakan telefon skrin boleh-lipat komersial pertama dan menjadi bahan jenaka kerana dijenamakan semula oleh abang Pablo Escobar. Tetapi Royole sebenarnya adalah syarikat yang menghasilkan panel sendiri untuk kegunaan pengeluar lain. Terkini mereka memperlihatkan konsep skrin boleh-lentur dan boleh-tanggal untuk digunakan dalam kereta.

Skrin gergasi Royole diletakkan pada keseluruhan konsol tengah. Seperti biasa skrin boleh memaparkan maklumat pemanduan seperti GPS, telefon pintar yang ditambah, pemain muzik, pemain video dan pelbagai lain. Uniknya pada konsep ini ialah skrin boleh ditanggalkan untuk mendedahkan tempat simpanan barang seperti telefon pintar serta minuman di belakangnya.

Buat masa ini skrin boleh-lentur untuk kegunaan konsol tengah kenderaan ini masih lagi sekadar konsep. Ia adalah idea yang menarik tetapi amat bergantung kepada ketahanan jangka panjang skrin dari hentakan, percikan air serta dilentur berkali-kali dalam kegunaan harian.

Sumber Yanko Design

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami