Sony Xperia 1 III Mula Ditawarkan Di A.S Pada Harga Mencecah RM5400

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony Xperia 1 III diumumkan pada April lalu tetapi tiada harga dan tarikh jualan rasmi diumumkan oleh pengeluar. Selepas berbulan lamanya kini pra-tempahan telah dibuka di Amerika Syarikat dengan harga jualan $1299.99 (~RM5409) sebuah. Ini adalah harga yang lebih mahal berbanding $1200 untuk Xperia 1 II tahun lalu. Pagi peminat Sony di Malaysia, peranti ini disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada penghujung Julai.

Peranti dilengkapi skrin 6.5″ OLED 4K 120HZ bernisbah 21:9, dijana cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Sementara itu bateri yang digunakan pula sebesar 4500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W menerusi port USB-C.

Spesifikasi kamera pula ialah sebesar 12MP sudut lebar dipadankan dengan sensor 12MP ultra sudut lebar, sensor 12MP telefoto dengan mekanisme periskop dan kamera 3D ToF. Dengan mekanisme periskop, zum nirhilang dapat dilakukan buat pertama kali pada peranti Xperia. Lensa Zeiss masih lagi dikekalkan selari dengan penjenamaan pada kamera digital Alpha mereka. Pada bahagian hadapan pula sensor 8MP digunakan.

Penambahan lain yang dilalukan ialah speaker stereo fizikal mampu menawarkan audio 360 darjah spatial. Masih terdapat bicu audio 3.5mm, pengimbas nadi pada bahagian sisi, butang pengatup kamera dan butang melancarkan aplikasi dengan pantas yang dipinjam dari Xperia Pro.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami