Samsung sedia dijangka memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka tidak lama lagi – yang mana akan menjadi jam tangan pintar pertama Samsung menggunakan WearOS selepas Samsung dan Google mengumumkan gabungan dan integrasi sejumlah ciri-ciri daripada Tizen OS ke Wear OS.
Samsung dijangka memperkenalkan jam tangan pintar mereka seawal penghujung Jun ini, dan kini gambar awal untuknya tertiris ke arena web melalui GizNext.
Dijangka dikenali dengan nama Galaxy Watch Active 4, selain dijana sistem operasi Wear OS terbaru, ia juga dijangka menggunakan cip pemprosesan dengan binaan 5nm.
Samsung dilihat mengekalkan rekaan muka-jam bulat bersama-sama dengannya, dan menawarkan rekaan yang ringkas dan kemas bersama dengannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung bulan ini, untuk melihat lanjut peranti yang bakal ditawarkan Samsung ini.