Cari @ Amanz

Apple sering memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka pada bulan September. Terbaru, mengikut salah seorang penganalisa, Apple dijangka meneruskan tradisi berkenaan pada tahun ini, dan mungkin memperkenalkan iPhone 13 pada minggu ketiga September akan datang.

Dibawah siri iPhone 13, Apple dijangka memperkenalkan empat model, iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan juga iPhone 13 Pro Max.

Pada tahun ini, sejumlah pelancaran peranti mengalami kelewatan, disebabkan oleh masalah pengeluaran semikonduktor dan juga cip. Apa pun, ia diperkatakan Apple sedia mempunyai kapasiti pengeluaran apabila diutamakan pengeluar berbanding jenama lain.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan iPhone dalam masa terdekat, mungkin boleh menangguhkan hasrat selama tiga bulan, dan melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Apple kelak melalui siri iPhone 13 atau iPhone 2021, atau apa sahaja ia dikenali kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd