Set Dami iPhone 13 Menunjukkan Konfigurasi Kamera Yang Disusun Semula

Diterbitkan pada Jun 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sudah hampir ke bulan Julai dan pelancaran iPhone 13 dijangka berlaku pada minggu ketiga September kelak. Oleh itu pelbagai maklumat mula tertiris mengenai peranti yang telahpun dimulakan pengilangannya. Hari ini set dami keempat-empat iPhone 13 telahpun tertiris menerusi akaun @SonnyDickson menunjukkan beberapa perbezaan yang ketara dengan siri iPhone 12.

Susunan kamera pada iPhone 13 dan iPhone 13 Mini telah diubah dengan dua lensa kini disusun secara melintang dan tidak lagi menegak lurus. Akibatnya flash diubah kedudukannya ke atas bukan di sebelah kanan lensa. Keempat-empat model iPhone tahun ini akan akhirnya mempunyai flash yang kedudukannya sama.

Keempat-empatnya juga lebih tebal dan besar berbanding model tahun lalu. Ini adalah kerana penggunaan bateri yang lebih besar dan juga modul kamera sensor shift yang lebih tebal. Berdasarkan apa yang berlaku tahun lalu, set dami yang tertiris memberikan gambaran tepat peranti yang akan dilancarkan kelak.

Sumber @SonnyDickson

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami