Lenovo Go Melancarkan Beberapa Lagi Aksesori Audio, Tetikus Dan Papan Kekunci

Diterbitkan pada Jun 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mei lalu subjenama baharu Lenovo Go mengumumkan aksesori tetikus dan pek bateri khusus untuk PC. Sempena MWC Barcelona, mereka mengumumkan beberapa lagi aksesori baharu dalam bentuk kelengkapan audio, tetikus, papan kekunci dan tempat simpanan.

Dimulakan dahulu dengan Lenovo Go USB-C Wireless Charging Kit yang boleh mengecas komputer riba 13″ dan 14″ dengan output kuasa 65W. Ia mengecas komputer riba secara nirwayar menerusi teknologi Energyquare. Seterusnya Lenovo Go Wireless Mobile Power Bank berkapasiti 10,000 mAh mengecas peranti secara nirwayar menggunakan format Qi dan berwayar dengan kuasa 30W menerusi dua port USB-C.

Lenovo Go USB-C Wireless Mouse  dilengkapi bateri yang boleh dicas semula dan boleh berfungsi sehingga tiga bulan. Lenovo Go Wireless Vertical Mouse pula adalah tetikjsmenegak bagi mereka yang ingin mengurangkan tekanann pad pergelangan tangan. Selain rekaan yang tidak konvensional, ia turut mempunyai tubuh diperbuat daripada bahan gabus yang mudah dibersihkan serta sistem laser berketapana 2400 DPI.

Lenovo Go Wireless Split Keyboard meneruskan tema ergonomik dengan papan kekunci dibelah dua sekali lagi untuk mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan ketika menaip. Bahagian meletakkan tangan juga diperbuat daripada gabus yang mudah dibersihkan. Akhir sekali untuk peranti input,Lenovo Go Wireless Numeric Keypad menambah pad nombor bagi mereka yang menggunakan papan kekunci tenkeyless.

Lenovo Go Wired Speakerphone pula ialah speaker yang dipasang terus pada bicu audio komputer. Dengan ini pengguna boleh menghadiri sesi Microsoft Teams tanpa fon kepala atau fon telinga yang mungkin tidak begitu selesa. Aksesori fon kepala tidak dilupakan menerusi Lenovo Go Wired ANC Headset, Lenovo Go ANC In-ear Headphones  dan Wireless ANC Headset. Sambungan berwayar ialah menerusi port USB-C atau USB-A dan sambungan nirwayar pula ialah menerusi tambatan bluetooth.

Kesemua aksesori yang diumumkan hari ini akan dijual bermula Julai 2021 dengan harga bermula dari €36 untuk tetikus, €89 untuk papan kekunci, €69 untuk powerbank dan€79 untuk set fon kepala.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami