Kuo: iPhone 2022 Dengan Skrin 6.7″ Mungkin Dijual Pada Harga Mampu Milik Dengan Touch ID Bawah Skrin Dan Kamera 48MP

Diterbitkan pada Jun 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iPhone SE adalah antara iPhone yang digemari ramai, kerana ia menggunakan saiz yang kompak dan mempunyai cip pemprosesan yang sama dengan dua peranti mercu iPhone lain – iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Tahun lepas, Apple melancarkan kembali iPhone SE dengan edisi 2020 dalam badan yang sama dengan iPhone 8 – tetapi cip adalah A13 yang sama dengan siri iPhone 11.

Menurut penganalisa terkenal Ming-Chi Kuo, tahun 2022 Apple akan melancarkan dua iPhone mampu milik dengan skrin 6.1-inci dan juga 6.7-inci. Nama iPhone ini adalah iPhone 14 dan iPhone 14 Max, di mana tiada lagi versi mini seperti yang dilaporkan sebelum ini. Manakala untuk peranti mercu pula adalah iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Antara teknologi menarik pada siri iPhone 14 ini adalah Touc ID di bawah skrin dan kamera sudut ultra lebar 48MP. Lebih mengejutkan, iPhone 14 Max atau iPhone mampu milik dengan skrin paling besar dikatakan akan dijual pada harga bawah $900 – iaitu sekitar RM3700. Kemudian siri iPhone 14 mungkin akan menggunakan rekaan skrin berlubang, kerana sudah ada Touch ID bawah skrin.

Sumber: 9to5Mac

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami