Video Menunjukkan Rekaan Penuh Dizo Star 300 Kini Muncul Di Arena Web

Diterbitkan pada Jun 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdahulu, sejumlah produk di bawah jenama Dizo telah ditemui di laman Shopee beberapa buah negara termasuk Malaysia. Bukan itu sahaja, malah dua peranti Dizo yang berupa telefon bimbit asas turut muncul di laman FCC dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Dizo Star 300.

Dalam perkembangan terkini, Dizo Star 300 nampaknya telah diperlihatkan sepenuhnya dalam satu video nyahkotak yang muncul di arena web. Secara tidak langsung, ini memberi gambaran kepada kita mengenai penawaran pada peranti. Dizo Star 300 mempunyai papan kekunci T9 dengan skrin bersaiz 1.77-inci (4.5cm) QQVGA.

Turut kelihatan, terdapatnya penjenamaan Dizo yang agak besar pada panel belakang peranti. Bukan itu sahaja, ia turut menempatkan satu kamera beresolusi VGA dan LED Flash dalam satu modul kamera yang besar. Di samping, turut terdapatya pembesar suara yang diletakkan bersebelahan dengan kamera tadi.

Untuk spesifikasi, Dizo Star 300 dilengkapi dengan memori 32BM RAM, storan dalaman 32MB, slot tambahan menerusi kad microSD sehingga 64GB dan bateri 2550mAh yang menyokong pengecasan 5W. Lain-lain spesifikasi termasuklah – sokogan untuk pemain MP3, radio FM, 8 jenis bahasa (terhad untuk India) dan berat sekitar 105 gram.

Buat masa ini, Dizo Star 300 masih belum diumumkan secara rasmi tetapi harga jualannya dijangka sekitar Rs 1,499 (~RM84). Sekadar selingan, Dizo telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk pada 1 Julai depan. Dengan itu, kita juga mungkin bakal menyaksikan pelancaran peranti ini pada acara berkenaan. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami