SKMM : Gangguan Penyiaran Dan Telekomunikasi Menggunakan Satelit MEASAT-3 Kini Pulih

Diterbitkan pada Jun 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengumumkan yang mana gangguan yang disebabkan oleh penggunaan satelit MEASAT-3 sejak 21 Jun 2021 yang lepas, kini telah berjaya dipulihkan.

Gangguan satelit ini telah menyebabkan perkhidmatan penyiaran seperti Astro mengalami masalah, disamping perkhidmatan telekomunikasi VSAT. 

Ia dikatakan posisi satelit MEASAT-3 telah terjejas disebabkan oleh masalah teknikal. Kerja baik-pulih telah dijalankan, dan kini satelit MEASAT-3 diletakkan kepada mod operasi biasa. Transponder juga telah dihidupkan kembali sejak daripada pagi ini.

Punca sebenar untuk masalah ini masih tidak diketahui. Siasatan awal mendapati berlakunya kegagalan pada thruster. Untuk tujuan berkenaan, thruster simpanan telah digunakan dalam mengawal satelit tanpa sebarang kesan kepada operasi dan jangka hayat satelit berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami