Cari @ Amanz

Google dan Jio sedia mengumumkan kerjasama sebelum ini, dan hari ini, mereka mengumumkan telefon pintar pertama dibawah kerjasama ini, dinamakan JioPhone Next.

Menariknya, JioPhone Next akan dipasarkan sebagai telefon pintar mampu-milik dan berbaloi bukan sahaja di india, tetapi juga pada peringkat global.

Bakal dipasarkan bermula September kelak, JioPhone Next ini akan dilengkapi sistem operasi Android, antaramuka asas, dan dilengkapi sejumlah ciri sama seperti telefon pintar lain di pasaran.

Buat masa ini, spesifikasi dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan September kelak untuk mengetahui lanjut berkenaan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd