Vivo V21e 5G Dilancarkan – Cip MediaTek Dimensity 700 Dan Dwi-Kamera Utama

Diterbitkan pada Jun 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo V21e 5G akhirnya diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah acara yang berlangsung di India, sebentar tadi. Berbeza dengan model 4G, Vivo V21e 5G dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700, dwi-kamera di belakang dan kamera hadapan 32-Megapixel.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo V21e 5G dibekalkan skrin bersaiz 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel). Selain daripada cip MediaTek Dimensity 700, ia juga dipadankan dengan memori 8GB + 3GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan sensor utama 64-Megapixel dan diikuti dengan 8-Megapixel untuk tujuan ultra-lebar. Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari di skrin dan lain lain. Vivo V21e 5G dijual di India pada harga Rs. 24,990 (~RM1,401).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami