Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah memperkenalkan Windows 11 secara rasminya, dan turut mengumumkan sejumlah ciri yang akan dibawakan bersama.

Salah satunya adalah fokus terhadap komunikasi melalui Windows 11. Untuk tujuan berkenaan, Microsoft akan mengintegrasikan Windows 11 secara terus untuk memudahkan anda berkomunikasi atau membuat panggilan video serta-merta.

Seperti ramai sedia maklum, Microsoft Teams sedia menerima perhatian ramai disebabkan oleh PKP, dan dengan langkah ini ia akan membolehkan orang ramai untuk mengakses Microsoft Teams dengan mudah – sekaligus meningkatkan angka pengguna aktif platform berkenaan.

Microsoft Teams akan menyertakan akses pantas ke Microsoft Teams, dan pengguna turut boleh melihat senarai rakan-rakan dengan mudah padanya.

Selain integrasi ini, Microsoft turut menyertakan sejumlah ciri baharu lain bersama Windows 11.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd