Microsoft hari ini memperkenalkan Windows 11 secara rasminya, dan turut membuat kejutan dengan mengatakan Windows 11 akan menyokong aplikasi Android secara rasminya.
Dengan langkah ini, pengguna boleh memuat-turun aplikasi Android terus ke Windows 11, dan mengintegrasikannya dan menggunakannya bersama-sama taskbar dan sebagainya.
Microsoft mengatakan perkara ini akan dijayakan melalui Amazon AppStore untuk memudahkan anda memasangnya terus ke Windows 11.
Dengan langkah ini, Microsoft mengatakan Windows 11 kini lebih terbuka dan membolehkan pengguna menggunakan pelbagai aplikasi yang digemari mereka tanpa masalah.