Sejumlah Surface Tidak Boleh Dinaik-Taraf Ke Windows 11

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Surface adalah komputer yang dikeluarkan oleh Microsoft sendiri – menawarkan rekaan yang menarik, dan mempunyai peminatnya tersendiri. Apa pun, dengan pengenalan Windows 11, kini Microsoft mengesahkan tidak semua Surface di pasaran yang akan menikmati naik-taraf ke Windows 11.

Windows 11

Melalui PCWorld, Microsoft mengesahkan hanya sebahagian daripada Surface yang telah dipasarkan akan menreima kemaskini Windows 11. Tiada sebab yang diberikan oleh Microsoft berkenaan hal ini.

Daripada 25 peranti Surface yang telah dikeluarkan, hanya sekitar 13 versi sahaja yang akan menerima Windows 11. Secara kasar, peranti Surface sebelum 2017, ia mungkin tidak menerima kemaskini Windows 11.

Surface yang akan menerima naik-taraf percuma ke Windows 11 adalah termasuk:

  • Surface Book 3
  • Surface Book 2: Hanya model menggunakan cip Intel Gen-8 
  • Surface Go 2
  • Surface Laptop 4 13.5-inci
  • Surface Laptop 4 15-inci
  • Surface Laptop 3 13.5-inci
  • Surface Laptop 3 15-inci
  • Surface Laptop 2
  • Surface Laptop Go
  • Surface Pro 7+
  • Surface Pro 7
  • Surface Pro 6
  • Surface Pro X

Bagi anda yang menggunakan Surface atau komputer Windows 10, anda boleh semak sama ada komputer anda menyokongnya atau tidak hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami