Cari @ Amanz

Peranti Poco X3 GT telahpun melepasi laman SIRIM semalam menandakan pelancarannya semakin hampir. Walaupun menggunakan jenama Poco, ia dipercayai adalah sebuah Redmi Note 10 Pro 5G yang dijenamakan semula.

Oleh itu telefon pintar ini akan dilengkapi skron 6.6″ IPS LCD 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1100, memori sehingga 8GB RAM, storan 256GB, kamera utama 64+8+2 MP, kamera swafoto 16MP dan bateri sebesar 5000 mAh. Walaupun akan dijual pada harga mampu milik, peranti turut dipercayai dilengkapi speaker stereo dan kemampuan kalis air IP53.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd