Huawei Nova 8i Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Dijana Cip Snapdragon

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Malaysia kini dijangka akan memperkenalkan Nova 8i secara rasminya tidak lama lagi. Berkemungkinan juga, Malaysia menjadi negara pertama yang akan memperkenalkan siri Nova 8i ini.

Untuk makluman, sebelum ini, Malaysia pernah menjadi negara pertama memperkenalkan beberapa model Nova yang lain.

Huawei Nova 8i

Untuk Huawei Nova 8i ini, ia dijangka hadir dengan skrin 6.67-inci, dan menawarkan rekaan skrin-ke-badan 94.7%.

Melengkapkan ia juga adalah cip pemprosesan Snapdragon lapan-teras, memori sehingga 8GB RAM, dan storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, Huawei dijangka menyertakan kuad kamera pada bahagian belakang, dengan sensor utama 64-megapixel, dan dilengkapkan bersama sensor ultra-lebar, makro dan kedalaman.

Melengkapkan telefon pintar ini juga kelak adalah sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W yang boleh mengecas peranti penuh dalam masa 38 minit.

Buat masa ini, pihak Huawei Malaysia masih belum mengumumkan bilakah peranti ini akan dipasarkan. Kita boleh menyasarkan ia turut menggunakan kedai aplikasi AppGallery bersama dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami