Windows 11 Akan Menyertakan Butang Membisukan Mikrofon Dengan Mudah Pada Peringkat Sistem

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sedia mengumumkan Windows 11 secara rasminya semalam, sekaligus berkongsi pelbagai perkara baharu yang akan dibawakan – termasuk antaramuka baharu, sokongan aplikasi Android, dan sebagainya.

Bersama-sama dengannya, beberapa ciri lain turut disertakan yang masih belum diketengahkan lagi.

Salah satunya adalah ciri membisukan mikrofon dengan mudah pada peringkat sistem. Butang khusus ini diposisikan pada bahagian mikrofon – membolehkan anda mematikan ciri mikrofon pada komputer dengan mudah.

Ini amat berguna ketika era bekerja dan belajar dari rumah, yang mana anda tidak ingin mengaktifkan mikrofon secara tidak sengaja.

Butang ini akan berfungsi sama seperti sokongan speaker dan WiFi yang terdapat pada Windows hari ini.

Dengan minggu-minggu akan datang, kita akan mendengar lebih banyak ciri baharu pada Windows 11 ini ditemui.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami