Microsoft Kini Memberitahu Kenapa Komputer Anda Tidak Menyokong Windows 11 – Jom Semak!

Diterbitkan pada Jun 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft pada minggu ini telah mengumumkan Windows 11, dan pada masa yang sama telah menawarkan aplikasi PC Health Check bagi memudahkan pengguna untuk menyemak sama ada komputer anda boleh menjalankan Windows 11 atau tidak.

Ketika pengenalannya tempoh hari, ia sekadar memberitahu pengguna yang mana komputer mereka menyokongnya atau tidak. Tetapi, disebabkan sejumlah kekeliruan yang berlaku, kini Microsoft telah mengemaskini penawaran PC Health Check berkenaan.

Terbaru, apabila pengguna melakukan semakan, Microsoft turut memberitahu sebab mengapa ia tidak menyokong komputer anda. Ini termasuk mesej berkaitan TPM – dan sama ada anda sudah mengaktifkannya atau tidak.

Dengan langkah ini, pengguna boleh memastikan mereka mengaktifkan sejumlah ciri, atau adakah ia disebabkan tidak mempunyai storan mencukupi semata, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, boleh memuat-turun versi terkini PC Health Check, dan menyemak sendiri komputer anda menyokongnya atau tidak dengan mudah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami