Cermin Mata TCL NXTWEAR G Memberikan Pengalaman Seperti Menonton Skrin 140″

Diterbitkan pada Jun 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di CES awal tahun ini, TCL Wearable Display telah diperlihatkan kepada umum. Cermin mata ini menawarkan pengalaman seakan menonton skrin 140″ terus dari sebuah set kepala yang ringan. Di MWC Barcelona 2021, peranti yang sama kini dilancarkan semula sebagai TCL NXTWEAR G.

TCL NXTWEAR G mengekalkan rekaan yang sama cuma perubahan telah dilakukan pada bahagian skrin. Dua skrin Mikro OLED keluaran Sony masing-masing dengan resolusi 1080P digunakan bagi menawarkan pengalaman skrin 140″ dengan nisbah 16:9. Ia juga mampu menawarkan tontonan 4K 3D lengkap dengan sepasang speaker stereo secara terbina.

Peranti tidak memerlukan kuasa bateri sebaliknya kuasa ditarik dari peranti yang dipasang menerusi port USB-C. Menurut TCl ini membolehkan ia disambungkan kepada telefon pintar, tablet, dan komputer. TCL XTWEAR G. akan mula dijual di Australia terlebih dahulu tetapi harga belum diumumkan pada waktu ini.

Sumber TCL

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami