Carian
Rekaan Samsung Galaxy Buds2 Juga Tertiris
June 26, 2021 Effi Saharudin

Selepas rekaan Samsung Galaxy Watch4 tertiris awal pagi tadi, kini tiba pula giliran Samsung Galaxy Buds2 pula tertiris. TWS terkini ini mengekalkan rekaan pod simpanan yang digunakan pada Galaxy Buds Pro tetapi dengan rekaan putik audio yang lebih licin dan aerodinamik.

Keseluruhan bahagian sisi akan menjadi pad sesentuh sama seperti yang digunakan pada Bud Live. Putik audio adalah dari jenis dalam telinga dengan bahagian hujung yang diperbuat daripada silikon. Sensor mengesan ia ditanggalkan dari telinga turut dapat dilihat.

Pod simpanan kesemuanya berwarna putih dengan hanya bahagian dalam mempunyai warna yang berbeza yang berpadanan dengan waran putik audio. Warna yang ditawarkan ialah hitam, putih, ungu dan hijau. Seperti Watch4, Bud2 mungkin akan dilancarkan pada acara maya Samsung pada 28 Jun hadapan.

Sumber 91Mobiles

Komen