Cari @ Amanz

Skype merupakan aplikasi panggilan video dan komunikasi yang telah diambil-alih oleh Microsoft pada 2011 yang lepas, dan sejak daripada itu, ia telah diintegrasikan dan ditawarkan bersama sistem operasi Windows, selain menggantikan Windows Live Messenger.

Namun, sejak tahun lepas, Microsoft dilihat lebih memfokuskan kepada Microsoft Teams. Berbeza dengan Skype, Teams menawarkan lebih banyak ciri moden dan diperlukan ketika era pembelajaran dan bekerja dari rumah.

Selari dengannya, Microsoft juga telah mengumumkan integrasi Microsoft Teams terus ke Windows 11 untuk akses dengan lebih mudah.

Pada masa yang sama, Microsoft kini mengesahkan yang mana Skype tidak akan hadir diintegrasikan bersama Windows 11 seperti sistem operasi Windows sebelum ini. Apa pun, pengguna masih boleh memuat-turun dan memasangnya pada komputer masing-masing.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih aktif menggunakan Skype? Atau telah beralih ke perkhidmatan lain?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd