Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini sedia menawarkan perisian PC Health Check yang membolehkan pengguna mengetahui sama ada komputer anda menyokong Windows11 atau sebalikya. Apa pun, info yang diberikan kepada pengguna tidak begitu menyeluruh, dan tidak diketahui apakah spesifikasi yang tidak disokong pada komputer berkenaan.

Untuk mengatasinya, dan memudahkan pengguna lebih memahami sokongan untuk komputer mereka, kini pembangun bebas hadir dengan sebuah perisian khas, dinamakan WhyNotWin11.

Menggunakan perisian ini, apabila anda menjalankannya, ia akan mengimbas sokongan perkakasan, dan memberitahu apa yang disokong dan apa yang tidak.

Dengan ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna mengetahui apakah sebab utama komputer anda tidak disokong untuk naik-taraf Windows 11.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri perisian WhyNotWin11 pada komputer anda, dan mengetahui apakah kekurangan komputer anda untuk naik-taraf Windows 11.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd