Cari @ Amanz

Adobe kini nampaknya sedang mengemaskini penawaran aplikasi mereka. Selepas pengumuman tempoh hari, kini Adobe turut mengumumkan yang mana mereka akan membuang dua aplikasi lagi untuk iOS dan Android, iaitu Adobe Photoshop Sketch dan juga Adobe Illustrator Draw.

Kedua-dua aplikasi ini tidak lagi boleh dimuat-turun pengguna iOS dan Android bermula 19 Julai 2021 kelak, dan sokongan untuknya akan ditamatkan untuk pengguna sedia ada pada 10 Januari 2022.

Adobe Fresco

Sebagai alternatif, Adobe meminta pengguna berpindah ke Adobe Fresco. Adobe Fresco merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan lakaran – dan dokumen serta projek daripada kedua-duanya boleh diimport dan digunakan pada Fresco untuk penyuntingan lanjut.

Aplikasi Adobe Photoshop Sketch dan Illustrator Draw masih boleh digunakan, tetapi ia tidak lagi akan menerima kemaskini, dan akan dihentikan sokongan pada awal tahun hadapan.

Sebelum ini, Adobe turut telah mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Photoshop Fix dan Photoshop Mix.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd