Cari @ Amanz

Android kini digunakan pada lebih 3 bilion peranti aktif di seluruh dunia. Dengan jumlah peranti dengan spesifikasi berbeza, pembangun mempunyai isu suka menghasilkan aplikasi yang serasi sepenuhnya. Bagi menarik lebih banyak pembangun aplikasi media menyokong lebih banyak peranti Android, Google mengumumkan Program Play Media Experience.

Menerusi program ini, pembangun aplikasi media dalam bentu video, audio dan buku diberikan insentif potongan keuntungan 85% dari setiap pembayaran dari pelanggan. Google sekadar mengambil 15% yang adalah separuh dari 30% yang diambil oleh mereka sebelum ini.

Pembangun aplikasi video perlu memastikan terdapat integrasi yang baik untuk Android TV, Google TV dan Google Cast dengan kualiti yang tinggi. Pembangunan aplikasi Audio pula harus menyokong Wear OS, Android Auto, Android TV dan Google Cast. Akhir sekali pembangun aplikasi buku perlu menyokong skrin yang kebih besar, dioptimasi untuk tablet, peranti skrin boleh lipat dan Entertainment Space yang baru diumumkan.

Sumber Play Media Experience Program

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd