Lenovo Yoga Tab 13 Turut Boleh Digunakan Sebagai Monitor Sekunder

Diterbitkan pada Jun 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo Yoga Tab 13 dilancarkan bersama dua lagi tablet Lenovo Yoga Tab 11 dan juga Lenovo Tab P11 Plus hari ini. Tetapi Yoga Tab 13 mempunyai ciri yang menjadikannya antara tablet paling unik pernah dihasilkan setakat ini.

Pemilik boleh menggunakan Yoga Tab 13 sebagai monitor sekunder menerusi sambungan port mikro HDMI yang disertakan. Kerana ia turut mempunyai tongkat terbina, tablet boleh diletakkan pada posisi berdiri untuk keselesaan digunakan sebagai monitor.

Lenovo Yoga Tab 13 dilengkapi skrin 13 inci 2K, dijana cip Snapdragon 870, memori 8GB RAM dan pilihan storan sehingga 256GB. Tablet berkuasa ini turut menyokong stylus. Selepas beberapa tahun dan spesifikasi tidak lagi berkuasa, pemilik tidak perlu risau kerana tablet boleh memulakan kehidupan baharu sebagai monitor.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami