Qualcomm hari ini telah memperkenalkan cip terbaru mereka, iaitu Snapdragon 888 Plus. Ia menawarkan prestasi sedikit lebih tinggi daripada Snapdragon 888 sebelum ini.
Selari dengannya, kini pihak Honor mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon pintar baharu dibawah siri Honor Magic3 yang dilengkapi cip Snapdragon 888 Plus ini.
Dengan pengumuman ini, kita mungkin melihat Honor menjadi antara yang terawal memasarkan telefon dengan cip Snapdragon 888 Plus seawal suku ketiga atau ke-4 tahun ini.
Langkah ini juga akan memberikan kelebihan kepada Honor dalam usaha mendapatkan kembali pengguna mereka yang telah hilang sebelum ini.
Sebelum ini, Honor turut mengesahkan yang mana telefon pintar mereka akan dilengkapi dengan sokongan Google Mobile Services.