Carian
Asus ROG Phone, Vivo Dan Xiaomi Akan Hadir Dengan Peranti Dijana Cip Snapdragon 888 Plus
June 28, 2021 Aman

Disamping Honor, beberapa jenama lain turut telah mengesahkan bakal hadir dengan telefon pintar menggunakan cip Snapdragon 888 Plus – termasuk Asus, Vivo, Xiaomi dan juga Motorola.

Menurut Asus, ROG Phone generasi akan datang bakal hadir dengan Snapdragon 888 Plus.

Selain Asus, pihak Xiaomi, Vivo, dan juga Motorola turut mengatakan mereka akan memperkenalkan penawaran mereka tersendiri pada pertengahan kedua 2021 ini.

Untuk makluman, Snapdragon 888 Plus hadir dengan spesifikasi sedikit tinggi berbanding Snapdragon 888 – terutamanya dari segi kelajuan pemprosesan mencapai hampir 3Ghz.

Komen