Samsung Mengacah Sokongan S-Pen Pada Galaxy Z Fold

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung hari ini mengadakan acara rasmi sempena MWC 2021, dan pada acara berkenaan, Samsung menyentuh secara ringkas berkaitan dengan sokongan S-Pen.

Seperti ramai sedia maklum, sokongan yang dipopularkan melalui siri Galaxy Note, kini turut disokong pada tablet, dan juga terbaru pada Galaxy S21 Ultra.

Bercakap mengenainya juga, Samsung mengatakan mereka akan membawanya ke lebih banyak peranti mercu dalam masa terdekat.

Ini sekaligus memberikan petanda yang mana Samsung akan memperkenalkan sokongan S-Pen pada telefon mercu mereka dengan skrin boleh-lipat, iaitu Galaxy Z Fold.

Beberapa gambar tertiris sebelum ini, dan dengan perkongsian Samsung ini, ia seperti mengesahkan Galaxy Z Fold akan menerima sokongan S-Pen padanya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami