Cari @ Amanz

Samsung dan Google sedia mengumumkan kerjasama sebelum ini, mengatakan mereka akan menyatukan Tizen OS yang sedia digunakan oleh Samsung pada jam tangan pintar, bersama-sama sistem operasi Wear OS yang dibangunkan oleh Google.

Dengan penyatuan ini, ia akan membolehkan sejumlah ciri dari Tizen OS diintegrasikan ke Wear OS, sekaligus menambah-baik sistem operasi Wear OS, dan komuniti disebaliknya.

Berkongsi lanjut mengenainya, Samsung turut mengumumkan mereka akan memperkenalkan Galaxy Watch berasaskan Wear OS baru ini tidak lama lagi.

Menariknya, ia akan guna antaramuka One UI bersama jam tangan pintar baharu ini kelak. Ia akan memberikan pengalaman yang selari untuk pengguna peranti Samsung sedia ada.

Disamping itu, sejumlah perkara boleh diselarikan antara telefon pintar dan juga jam tangan pintar – memperlihatkan fokus Samsung dalam mengintegrasikan ekosistem mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan pengenalan jam tangan pintar baharu berasaskan antaramuka One UI ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd