Cari @ Amanz

Pengeluar dari China mula menawarkan ciri memori maya bagi mereka yang merasakan pilihan RAM sedia ada tidak memuaskan. Kami mula melihatnya pada peranti Oppo dan Realme. Hasilnya peranti dengan memori sehingga 19GB RAM kini boleh dimiliki. Ciri ini mula mendapat perhatian pengguna dan Redmi mula menawarkannya kepada pengguna di China.

Pemilik Redmi Note 10 Pro di China menerima kemas kini bagi menambah 2GB RAM tambahan. Bergantung kepada model yang dimiliki, Redmi Note 10 Pro kini dilengkapi 8 atau 10 GB RAM. Menerusi ciri ini, sebahagian ruang pada storan akan digunakan sebagai memori maya. Ia adalah cara murah memberikan memori tambahan kepada peranti lama. Adakah ini akan menjadi trend terkini di kalangan pengeluar Android tahun ini?

Sumber Gizpie

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd