Cari @ Amanz

Ketirisan rekaan peranti-peranti Samsung kini sudah tidak dapat dibendung lagi. Pagi ini rekaan penuh Samsung Galaxy Watch4 Classic pul tertiris menerusi laman Android Headlines. Berbeza dengan rekaan Galaxy Watch4 yang juga tertiris beberapa hari yang lalu, Watch4 Classic mengekalkan penggunaan bezel kawalan berputar.

Rekaannya juga lebih mirip Galaxy Watch asal yang kelihatan formal membuatkannya sesuai digunakan untuk ke tempat kerja. Dua butang kawalan fizikal yang besar pula diletakkan pada sisi kanan dengan tali pula diperbuat daripada bahan silikon. Pilihan warna yang diberikan pula ialah putih, hitam dan perak.

Jam tangan pintar Wear OS dengan One UI Watch ini dipercayai akan dilancarkan dalam tiga saiz iaitu  42mm, 44mm, dan 46mm. Walaupun saiz tubuh berbeza, pemilik masih boleh menggunakan tali jam 20mm sebagai ganti sekiranya yang ditawarkan Samsung kurang menarik minat. Jam tangan pintar ini dipercayai akan dilancarkan serentak dengan Galaxy Fold3 dan Galaxy Z Flip3 5G pada penghujung Ogos.

Sumber Android Headlines

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd