Oppo Akan Memperkenalkan Oppo Reno5 F Edisi MK K-Clique Secara Rasminya Esok

Diterbitkan pada Jun 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan memperkenalkan telefon pintar edisi terhad khas pada 1 Julai 2021, iaitu Oppo Reno 5 F x MK K-Clique.

Melalui penawaran ini, pembeli akan menerima telefon pintar Oppo Reno5 F, yang turut hadir dengan kerangka khusus yang bercahaya dalam gelap, selain sebuah kotak khas yang ditanda-tangani oleh MK K-Clique.

MK K-Clique merupakan salah seorang selebriti tempatan, dan mungkin penawaran ini lebih menyasarkan kepada peminat beliau.

Sebelum ini, Oppo turut pernah hadir dengan beberapa peranti edisi terhad hasil kerjasama dengan selebriti tempatan, antaranya adalah Ayda Jebat, Neelofa dan juga Fattah Amin. Untuk edisi MK K-Clique ini, ia hadir dengan kerangka bercahaya dalam gelap bersama sebuah kotak khas untuknya.

Oppo Reno5 F telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan April lepas, hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED dengan resolusi FHD+, dijana cip MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, storan 128GB, dan dilengkapoi bateri 4310mAh dengan pengecasan pantas 30W. Melengkapkan ia juga adalah kamera utama 48-megapixel.

Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1199.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar edisi terhad MK K-Clique ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami