Selamat Tinggal APK – Aplikasi Baru Perlu Guna Format AAB Di Google Play Store Bermula Ogos 2021

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sedia mengumumkan bakal menggunakan format baharu menggantikan format APK sedia ada, dan kini ia akhirnya akan diimplementasi bermula bulan hadapan.

Bermula Ogos 2021 ini, Google akan menggunakan format dinamakan AAB (Android App Bundles). Ia dijangka akan mengabungkan sejumlah komponen, dan menjadikan saiz aplikasi lebih kecil berbanding saiz APK sebelum ini.

Format ini diedarkan melalui Google Play, dimana format AAB akan membolehkan sistem agihkan aplikasi dan fail berkaitan kepada peranti pengguna – mengikut variasi yang digunakan. Malah, sekiranya ia bersaiz besar, maka pembangun perlu menggunakan Play Asset Delivery atau Play Feature Delivery – menggantikan penggunaan OBB sebelum ini.

Langkah ini sekaligus akan mengurangkan pengedaran fail APK, dan pembangun akan memfokuskan kepada pembangunan fail berformat AAB dan mengedarkannya melalui Google Play Store.

Perubahan ini mungkin akan memerlukan sedikit pengubah-suaian oleh penerbit aplikasi sekiranya ingin menerbitkan aplikasi untuk Huawei AppGallery, atau untuk digunakan bersama Windows 11 yang sedia mengatakan bakal menyokong fail APK.

Perubahan ini oleh Google tertakluk kepada penerbit aplikasi baharu bermula Ogos 2021. Peralihan untuk aplikasi sedia ada dijangka akan dilakukan secara berperingkat selepas itu.

Google turut mengatakan pada hari ini, sejumlah aplikasi sedia menggunakan Android App Bundle – termasuk antaranya adalah Twitter, Gameloft, Netflix dan sekitar 1000 aplikasi popular lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami