Tarikh Temu Janji Dos Kedua AstraZeneca Mula Dipaparkan Di MySejahtera

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah anda antara individu yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca pada awal Mei lalu? Sekiranya anda boleh melihat tarikh temu janji dos kedua menerusi aplikasi MySejahtera sekarang. Kami menyedari tarikh mula diberikan tepat tengah malam tadi. Pemberian tarikh dos kedua adalah selari dengan pengumuman kerajaan memendekkan tarikh menanti dari 12 minggu ke 9 minggu.

Pemberian dos kedua diawalkan kerana didapati perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 varian Delta yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi. Hanya selepas dos kedua diterima,risiko jangkitan dapat dikurangkan. Seperti tarikh fasa pertama, pengguna boleh melihat tarikh temu janji pada tab vaksinasi di dalam MySejahtera sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami