Selang Waktu Dos Kedua Vaksinasi AstraZeneca Akan Dipendekkan Dari 12 Minggu Ke 9 Minggu – Tarikh Penerimaan Dos Kedua Akan Diberitahu Kelak

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bermula awal bulan Mei tahun ini, pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (JKJAV) telah memulakan proses vaksinasi menggunakan vaksin AstraZeneca yang mana rakyat boleh mendaftar secara sukarela untuk mendapatkan vaksinasi tersebut.

Pada awalnya, pihak JKJAV mengatakan bahawa menurut piawaian University Oxford sendiri, selang waktu dos pertama dan kedua vaksin ini perlu diberikan dalam lingkungan 12 minggu. Akan tetapi, perkembangan terbaru mengenai vaksin ini, bersama-sama dengan keperluan serius untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat imunisasi penuh secepat yang mungkin membuatkan Menteri Penyelaras Vaksin COVID-19, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa selang waktu tersebut akan dipendekkan ke sembilan minggu selepas penerimaan dos pertama.

Beliau mengumumkan hal ini selepas melihat sendiri penghantaran 1 juta dos vaksin Oxford-AstraZeneca daripada kerajaan Jepun di KLIA sebentar tadi, dan mengatakan bahawa penduduk Malaysia yang telah menerima vaksin tersebut akan diberitahu tentang tarikh penerimaan dos kedua vaksin tersebut tidak lama lagi. Sama seperti sebelum ini, ia akan diperlihatkan melalui aplikasi MySejahtera.

Bagi mereka yang musykil mengenai campuran vaksinasi AstraZeneca dan Pfizer, Khairy juga sebelum ini mengatakan bahawa keberkesanan dan risiko campuran vaksin tersebut masih sedang diuji, dan buat masa ini, kerajaan masih lagi menetapkan bahawa dos kedua untuk penerima AstraZeneca masih akan disuntik dengan vaksin yang sama.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami