Cari @ Amanz

Digital Nasional Berhad kini sedia memilih Ericsson dalam membangunkan infrastruktur rangkaian 5G untuk Malaysia. Selari dengannya juga, beberapa perancangan untuknya dikongsikan.

Speedtest

Menjelang penghujung tahun 2021 ini, rangkaian 5G dijangka dilancarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Cyberjaya.

Ia akan diikuti dengan lima bandar utama pada 2022, di negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan juga Sarawak.

Lanjutan daripadanya, pada 2023, ia dijangka akan diperluaskan meliputi 17 bandar dan kawasan luar bandar.

Mengikut sasaran awal, rangkaian 5G dijangka akan meliputi sekitar 80% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd