Realme C21Y Dilancarkan – Cip Unisoc T610, Tri-Kamera Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme sedia hadir dengan penawaran beberapa model peranti di bawah siri C yang dilengkapi spesifikasi asas. Terkini, sebuah lagi model baharu di bawah siri yang sama telah diperkenalkan untuk pasaran Vietnam. Dikenali sebagai Realme C21Y, ia mempunyai persamaan dengan rekaan fizikal pada Realme C21 sebelum ini yang lengkap dengan modul kamera belakang berbentuk segi empat.

Untuk spesifikasi khusus, Realme C21Y dibekalkan skrin bersaiz 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+ (1600 X 720 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc T610, GPU Mali-G52, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Seterusnya, tetapan kamera terdiri dengan sensor utama 13-Megapixel, 2-Megapixel untuk lensa monokrom dan 2-Megapixel untuk tujuan makro. Kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Lain-lain spesifikasi adalah bicu audio 3.5mm, port sambungan mikro-USB, menjalankan sistem operasi RealmeUI berasaskan Android 10 dan lain-lain. Realme C21Y dijual di Vietnam pada harga VND 3,490,000 (~RM632).

Sumber : Realme Vietnam

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami