WhatsApp Web Turut Membolehkan Penghantaran Gambar Yang Hilang Selepas Dilihat Sekali

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua hari lepas, kami laporkan yang WhatsApp sedang menguji ciri baharu apabila pengguna menghantar gambar. Ciri ini adalah membolehkan pengguna menghantar gambar dan ia akan hilang selepas sekali dibuka oleh penerima. Ciri ini diuji pada WhatsApp untuk Android dalam versi beta, di mana penghantar dapat melihat ikon pemasa untuk memastikan gambar akan hilang selepas sekali dilihat.

Semua penerima boleh menerima mesej ini dan lihat sekali. Selepas ia dilihat, buih mesej akan memaparkan ikon pemasa tadi sahaja dan gambar tidak lagi boleh dibuka. Penerima tidak perlu menggunakan WhatsApp beta untuk menerimanya. Kini, ciri ini dilihat mula hadir di WhatsApp web pula.

Ciri ini memudahkan sesuatu gambar lebih mudah di hantar jika bertujuan sementara – seperti sesuatu dokumen dan sebagainya. Namun, hendaklah diambil perhatian yang mana penerima masih boleh melakukan tangkapan skrin, dan menyimpan gambar yang dihantar tersebut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami