Qualcomm Berhasrat Untuk Mendominasi Pasaran Komputer Riba

Diterbitkan pada July 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm merupakan salah satu pengeluar yang sedia terkenal dengan penawaran cip pemprosesan untuk telefon pintar dan juga jam tangan pintar. Terbaru, dengan permulaan peralihan arena komputer menggunakan cip memfokuskan efisien tenaga, Qualcomm turut sedang melihat ke arena berkenaan.

Jikalau mengikut trend pasaran, Apple sedia memperkenalkan cip pemprosesan Apple M1 yang menawarkan prestasi operasi berkuasa, dan penggunaan tenaga yang efisien. Dibandingkan dengan pesaing terdekat dalam arena perkomputeran, Intel dan AMD masing-masing tidak mempunyai penawaran yang lebih kurang sama. Ini sekaligus membuka peluang yang besar kepada pihak Qualcomm.

Dengan penawaran pihak Qualcomm untuk komputer riba, ia turut akan dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G terbina pada cipset mereka. Ini juga akan memastikan komputer riba kekal berhubung, dan pada masa yang sama tidak menggunakan tenaga tinggi.

Sebelum ini, Qualcomm sedia mengambil-alih Nuvia yang diasaskan oleh bekas perekabentuk Apple yang merekabentuk cip komputer riba Apple.

Qualcomm dijangka akan menjual cip untuk komputer riba berasaskan Nuvia pada tahun hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami