Carian
Realme Mungkin Bekerjasama Dengan Kodak Untuk Kamera Peranti Mercu
July 2, 2021 Effi Saharudin

Kerjasama dengan syarikat kamera terkemuka nampaknya jelas membuahkan hasil untuk meningkatkan kepercayaan pengguna kepada kemampuan fotografi sesebuah telefon.OnePlus bekerjasama dengan Hasselblad, Vivo dengan ZEISS dan Huawei dengan Leica. Kini timbul ura-ura syarikat seterusnya yang akan melakukan perkara yang sama ialah Realme.

Timbalan presiden Realme telah berkongsi gambar yang diambil dari sebuah peranti mercu yang belum diumumkan dengan kemampuan fotografi yang tinggi. Tetapi menurut peniris maklumat Digital Chat Station dan Bald Panda, kerjasama akan dilakukan dengan Kodak. Kodak bukan nama yang gah seperti dulu selepas telah diisytiharkan bankrap. Tetapi ia masih mempunyai prestij yang besar dalam dunia fotografi kerana antara pelopor teknologi filem.

Sehingga kini Kodakchrome masih dianggap sebagai antara teknologi filem yang terbaik pernah dihasilkan. Lima tahun lalau Kodak Ektra dilancarkan tetapi Kodak kemudiannya menghentikan pengeluaran telefon pintar mereka. Mungkinkah akan wujud peranti Realme dengan penuras yang menawarkan warna seakan Kodakchrome kelak?

Sumber GSMArena

Komen