Cari @ Amanz

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah membuka permohonan untuk pelbagai syarikat, entiti dan firma yang teringin membuka bank digital, dan inginkan lesen khusus untuknya, Permohonan telah dibuka sehingga penghujung Jun 2021 lepas, dan kini permohonan untuknya telah pun ditamatkan.

Bank Digital

Lanjutan daripadanya, kini Bank Negara Malaysia mengumumkan mereka telah menerima sebanyak 29 permohonan untuk lesen perbankan digital.

Antara syarikat yang sedia mengatakan mereka memohonnya adalah termasuk Axiata dan RHB, BigPay, GreenPacket, dan sejumlah syarikat lain.

\Mengikut laporan awal, selain daripada mereka, antara yang turut dilihat berminat adalah termasuk Petronas, Shopee, Grab, Razer, Genting, YTL, dan sejumlah syarikat lain.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan sehingga lima lesen perbankan digital pada 2022 kelak. Sama-sama kita nantikan siapakah yang akan menerima lesen perbankan digital, dan bagaimana ia membawa kepada revolusi arena kewangan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd