Cari @ Amanz

Siri Oppo Reno6 telah dilancarkan di China dengan beberapa model berbeza – iaitu Oppo Reno6, Oppo Reno6 Pro dan Oppo Reno6 Pro+. Oppo juga mempunyai perancangan untuk memperluaskan lagi penawarannya ke pasaran Global dan kita juga boleh melihat beberapa negara seperti India dan Indonesia telah menjadualkan acara pelancaran untuknya dalam masa terdekat. Akan tetapi, masih belum ada sebarang informasi mengenai ketersediaanya untuk pasaran tempatan buat masa ini.

Dalam perkembangan terkini, Oppo dilihat dalam perancangan untuk pengenalan sebuah lagi model lain di bawah siri yang sama. Dikenali sebagai Oppo Reno6 Z, ia akan diumumkan secara rasmi di Thailand pada 21 Julai depan. Laman web rasmi Oppo Thailand turut mendedahkan rekaan dan penawaran utama pada peranti. Jelas kelihatan, ia mempunyai reka bentuk mirip seperti Oppo Reno6 lengkap dengan modul kamera belakang berbentuk segi empat. Ia juga menampilkan sistem tri-kamera yang disusun secara menegak lengkap dengan ciri fotografi seperti Bokeh Flare Portrait, Portrait Beautification Video dan banyak lagi.

Turut melengkapinya adalah janaan cip MediaTek Dimensity 800U dan bateri dengan sokongan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge. Dalam pada itu, Oppo Reno6Z akan didatangkan dengan dua pilihan warna menarik. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan didedahkan sewaktu pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Oppo Thailand

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd