Cari @ Amanz

Masih ingat dengan artikel bertajuk Realme GT Master Edition dijangka diperkenalkan tidak lama lagi? Kewujudannya mula menjadi bualan selepas tindakan Naib Presiden Realme China iaitu Xu Qi yang memuat-naik gambar bersama pereka Jepun, Naoto Fukasawa.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Realme juga telah sedia bekerjasama dengan pereka tersebut sebelum ini untuk penghasilan beberapa peranti dengan kemasan edisi terhad – antaranya seperti Realme X2 Pro Master Edition. Maka dengan itu, Realme juga nampaknya mempunyai perancangan yang sama untuk model Realme GT mereka.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, reka bentuk Realme GT Master Edition kini telah mula diperlihatkan menerusi beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh 91Mobiles dan OnLeaks. Jelas kelihatan, Realme GT Master Editon akan didatangkan dalam tiga pilihan warna berbeza.

Dua daripadanya akan menampilkan kemasan bewarna putih tetapi berbeza dari segi penggunaan material dan corak. Di mana, satu model akan menampilkan kemasan matte biasa. Sementara itu, satu lagi mdel akan menggunkan kemasan kulit dengan corak yang unik. Turut melengkapinya, satu lagi pilihan warna seakan serba hitam dengan kemasan matte biasa. Katanya, kesemua kemasan ini dihasilkan dengan kerjasama Naoto Fukusawa.

Seterusnya, imej pengolokan turut menunjukkan penggunaan sistem tri-kamera yang disusun secara menegak dalam modul kamera belakang berbentuk segi empat. Panel hadapan pula menampilkan skrin penuh yang mempunyai sebuah lubang kamera pada bucu atas kiri. Tidak ketinggalan, port pengecasan USB-C, kekisi audio dan bicu audio 3.5mm turut dapat dilihat pada bahagian bawah peranti.

Menurut desas-desus awal, Realme GT Master Edition akan menggunakan cip Snapdragon 870. Tetapi, masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan secara rasmi. Sungguhpun begitu, peranti pintar ini dijangka bakal dipasarkan dengan harga bermula sekitar EUR 399 (~RM1,965).

Sumber : 91Mobiles

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd