Cari @ Amanz

Januari lalu akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang menggunakan @SKMM_MCMC telah digantung selepas ciapan pemegang akaun asal yang mengandungi perkataan yang kurang sopan dikorek oleh pengguna laman media sosial tersebut. Selepas hampir setengah tahun lenyap dan menjadi meme jenaka, SKMM kini kembali semua ke Twitter dengan akaun baharu.

Ia kini menggunakan nama @MCMC_RASMI dan telah mula menghantar ciapan pertamanya sebelum tenga hari ini. Ketika artikel dtulis, ia sekadar mempunyai 27 pengikut. Bagi yang tidak percaya ia akaun rasmi, antara pengikut terawalnya ialah akaun rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang sedikit sebanyak mengesahkan ini bukanlah akaun palsu.

Pihak KKMM telah menyiapkan kertas siasatan ke atas mengenai akaun Twitter asal pada April lalu tetapi sehingga kini masih belum diketahui apakah tindakan yang akan diambil.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd